ARTIKEL

Foto oleh Mohd Alif Noni

35,885 calon duduki SPM di Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 35,885 calon di Sarawak telah menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di 257 buah pusat peperiksaan yang bermula, hari ini.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata peperiksaan berkenaan dilaksanakan bermula pada 30 Januari (hari ini) hingga 7 Mac 2024.

Di Sarawak, katanya terdapat 149 calon Orang Kelainan Upaya (OKU) menduduki peperiksaan bertulis SPM. 

“Secara keseluruhannya, kita mempunyai seramai 395,870 calon berdaftar di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan SPM

“Manakala, seramai 2,531 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan bertulis SPM Tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan perjalanan masuk hari pertama pelajar SPM di Sekolah Seni Malaysia Sarawak, Daerah Salak Land, Jalan Sultan Tengah di sini hari ini.

Bagi Sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini, beliau berkata terdapat 54 calon keseluruhan yang akan menduduki peperiksaan itu.

Justeru, jelasnya KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. 

“Kita (KPM) juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” katanya.

BERITA LAIN

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

BERITA TERBARU

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan