ARTIKEL

36,805 ketua isi rumah terima makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 36,805 atau 51 peratus isi rumah di Sibu menerima bantuan bekalan makanan setakat semalam, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan Covid-19 berkata, bantuan berkenaan diagihkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu.

“JPBB Sibu masih aktif dan berusaha mengedarkan bantuan makanan kepada mereka yang belum menerima bagi memastikan tiada yang tercicir.

“Namun perlu diingatkan bantuan itu hanya untuk kawasan terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jelasnya, bagi pihak yang mempersoalkan mengapa mereka tidak menerima bantuan berkenaan, bantuan ini diutamakan kepada penduduk di dalam kawasan PKP kerana pergerakan terbatas.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak sudah mula mengedarkan makanan kepada penduduk di Sibu yang terjejas akibat pelaksanaan PKP bermula 20 Januari lalu secara berperingkat-peringkat.

Ia melibatkan lebih 73,000 isi rumah di bahagian berkenaan yang merangkumi tiga daerah iaitu Sibu, Selangau dan Kanowit serta melibatkan 11 kawasan Dun.

Semasa tempoh PKP, setiap isi rumah menerima bantuan makanan berjumlah RM70 secara sekali beri seperti beras, gula, tepung, kopi, teh, biskut kering, minyak masak, sardin dalam tin dan mi segera.

PKP dilaksanakan di Bahagian Sibu bermula 16 Januari lalu dan akan berakhir 14 Februari nanti sekiranya keadaan penularan pandemik Covid-19 sudah reda.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu