ARTIKEL

37 warga China ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan 37 warga China yang disyaki mengendalikan pusat penipuan siber di ibu negara Colombo, kata seorang jurucakap pada Ahad.

Tangkapan itu dibuat dalam tindakan keras terbaru terhadap rangkaian penipuan dalam talian yang dikendalikan oleh warga asing di negara ini. Menurut jurucakap polis, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diperoleh polis. Suspek yang ditangkap berumur sekitar 23 hingga 44 tahun dan termasuk seorang wanita.

“Mereka telah memasuki negara ini dengan visa pelancong dan bekerja secara haram, manakala dua daripada mereka telah tinggal melebihi tempoh visa mereka,” tambahnya.

Sumber polis tempatan berkata, sebanyak 35 komputer tablet, 147 telefon bimbit dan 100 kad SIM telah dirampas di premis disyaki pusat penipuan itu yang terletak di pinggir bandar Talangama, Colombo.

Tangkapan itu berlaku sebulan selepas 152 warga asing, kebanyakannya warga China, ditahan kerana didakwa menjalankan operasi penipuan siber di sebuah hotel di barat laut pulau itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa imigresen menahan 135 lelaki dan wanita China pada Mac kerana didakwa menjalankan operasi penipuan yang serupa.

Mereka telah dihantar pulang sejak itu. Kedutaan Beijing di Colombo pada masa itu mengatakan, ia sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menghalang warga China daripada menjalankan operasi penipuan di Sri Lanka.

Kedutaan itu berkata lagi, infrastruktur telekomunikasi Sri Lanka yang maju, lokasi geografi yang baik dan dasar visa yang agak longgar telah menggalakkan kumpulan penipu untuk berpindah ke negara Asia Selatan tersebut.

Pada tahun 2024, pihak berkuasa Sri Lanka telah menahan seramai 230 warga China dan 200 warga India yang dituduh mengendalikan pusat jenayah siber di pelbagai bahagian negara pulau itu. – AFP

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU