ARTIKEL

381,251 PerantiSiswa sudah diagihkan ke seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MACHANG: Sebanyak 381,251 tablet telah diagihkan ke seluruh negara menerusi inisiatif PerantiSiswa yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital sejak September 2022.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kemudahan itu bertujuan untuk membantu dan memastikan kelancaran proses pembelajaran mahasiswa dan pelajar daripada keluarga B40.

“Di Kelantan, seramai 29,609 penerima inisiatif PerantiSiswa telah dikenal pasti dan hingga kini 24,525  tablet telah diedarkan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ‘Jelajah Saya Digital 2023 di Kelantan’ dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kampus Machang, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Hadir sama Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

— LAGI

FAHMI-TABLET 2 (AKHIR) MACHANG

Mengulas lanjut, Fahmi berkata ‘Kempen Saya Digital’ turut diadakan bagi mempersiapkan rakyat dengan kemahiran digital untuk memperkasakan ekonomi digital terutamanya kepada golongan B40, warga emas, komuniti rentan sosioekonomi, pelajar dan usahawan.

“Program eUsahawan ‘Saya Digital Bisnes’ yang merupakan satu daripada teras Kempen Saya Digital telah berjaya melatih seramai 27,595 usahawan di Kelantan dengan jumlah jualan terkumpul melebihi RM1.1 bilion.

“Selain itu, portal MyDIGITAL.KKD merupakan sebuah pusat sehenti yang dibangunkan oleh KKD dalam usaha pendigitalan pelbagai perkhidmatan kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata program yang dihadiri hampir 500 mahasiswa dan usahawan tempatan itu merupakan program turun padang untuk meningkatkan literasi kemahiran digital rakyat agar seiring dengan visi menuju Dekad Keemasan Digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha