KUALA LUMPUR: Sebanyak 386 tindakan diambil terhadap peniaga yang ingkar sepanjang 15 hari pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025, termasuk kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam, berkata tindakan lain turut melibatkan kegagalan menggunakan tanda harga khas merah jambu serta tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
“Tindakan ini membabitkan sitaan bernilai RM12,813.84, manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM43,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelaksanaan SHMMP berlangsung selama tujuh hari sebelum dan selepas serta sehari semasa perayaan, melibatkan pemeriksaan terhadap 158 premis borong dan pengeluar, selain 7,097 premis runcit di seluruh negara.
Azman berkata pemantauan dan penguatkuasaan oleh KPDN serta maklum balas daripada orang ramai mendapati pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 berjalan dengan baik dan lancar. – Bernama

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak
KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi


