ARTIKEL

39 orang kurang bernasib baik di Balingian menerima bantuan bekalan makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Bagi meringankan beban 39 individu yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Jawatankuasa Aktiviti Islam Bahagian Mukah dan Pergerakan Pemuda Cawangan N.58 Balingian tampil menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berbentuk makanan keperluan seperti makanan kering telah disampaikan kepada semua penerima.

Hadir sama menyampaikan sumbangan tersebut ialah Adun Balingian Abdul Yakub Arbi.

Katanya penyerahan sumbangan adalah memfokuskan keluarga yang benar-benar terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

“Dalam tempoh PKP ini orang ramai diingatkan agar terus patuh dengan arahan pihak berkuasa, keluar apabila perlu, dan jagalah kebersihan bagi memastikan terhindar dari wabak Covid-19,”katanya kepada Suara Sarawak.

Turur hadir Timbalan Residen Bahagian Mukah Abdul Halim Abdullah, Wakil Pejabat Residen Bahagian Mukah Ismail Kasah, mewakili Jabatan Agama Islam Bahagian Mukah Ustaz Norazman Abdullah, PEMUDA Exco Negeri Sarawak Royston Valentine, Ahli Parlimen Belia Parlimen Tarmizi Karnain, dan wakil PEMUDA Cawangan Balingian Azizi Hanyut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha