ARTIKEL

Dr. Sim ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

393 kes denggi direkodkan di Sarawak sehingga 2 Mei tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes denggi di Sarawak meningkat 43.4 peratus setakat 2 Mei 2026, dengan 393 kes direkodkan berbanding 274 kes dalam tempoh sama tahun lalu, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, daripada jumlah itu, 70 peratus kes direkodkan di Kuching, Samarahan dan Serian.

“Tahun 2025 mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah berbanding 2024, namun jumlah tersebut kembali meningkat pada 2026,” katanya pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, Sarawak setakat ini mencatatkan sifar kematian akibat denggi dan keadaan ini perlu terus dikekalkan.

“Jabatan dengan kerjasama agensi negeri dan Persekutuan akan terus melaksanakan pelbagai strategi kawalan.

“Ini termasuk pengurangan tempat pembiakan, pengurusan vektor bersepadu dan usaha promosi kesihatan bagi memastikan risiko kekal terkawal.

“Program Gotong-Royong Mega peringkat negeri dirancang diadakan di Sarikei pada Jun depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, antara 1 Januari hingga 30 April 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) telah memberi respons kepada 3,110 panggilan kecemasan, merangkumi 1,132 insiden berkaitan kebakaran, 496 operasi menyelamat dan 1,448 kes khidmat khas.

“Tindakan tersebut berjaya menyelamatkan aset bernilai RM443.27 juta,” kongsinya.

Beliau menambah, bagi tempoh sama dari Januari hingga April 2026, sebanyak 850 kes kebakaran terbuka dan kebakaran hutan direkodkan, membabitkan 1,265.75 hektar tanah di seluruh wilayah ini.

“Purata bulanan panggilan berkaitan kebakaran terbuka dan kebakaran hutan mencecah 212 kes, iaitu peningkatan ketara berbanding purata bulanan 85 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

“Sebagai rekod, nilai aset yang berjaya diselamatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah RM2.03 bilion pada 2023, RM751.1 juta pada 2024 dan RM551.03 juta pada 2025.

“Ini mencerminkan usaha dan intervensi jabatan dalam mengurangkan kerugian kepada rakyat dan negara,” dedahnya.

Sehubungan itu, ujarnya, dari 1 Januari hingga 30 April 2026, JPBM telah melaksanakan 733 program kesedaran awam yang melibatkan 48,959 peserta sebagai komitmen dalam melaksanakan program pendidikan awam dan kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat di Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, cadangan projek Balai Bomba dan Penyelamat di Engkilili mengalami kelewatan berikutan tapak sedia ada di Lot 981, Daerah Bandar Engkilili, yang diperoleh pada 2021, didapati tidak sesuai.

“Satu tapak baharu di Lot 216, Jalan Engkilili, Saratok telah dikenal pasti sebelum diluluskan pada 18 Disember 2025 oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

“Jabatan kini sedang menunggu kelulusan peruntukan tambahan daripada Kementerian Ekonomi bagi tujuan pemerolehan tapak baharu tersebut,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau