ARTIKEL

4 juta kanak-kanak kurang makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Seorang daripada tiga penduduk Afghanistan kini memerlukan bantuan makanan segera. 

Kira-kira empat juta kanakkanak serta 1.2 juta wanita hamil mengalami kekurangan makanan yang serius ketika musim sejuk mencengkam melanda negara itu.

Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa krisis makanan semasa boleh bertukar menjadi bencana kebuluran sekiranya bantuan gagal disalurkan tepat pada masanya kepada rakyat Afghanistan yang terjejas.

Hampir 17 juta penduduk memerlukan bantuan makanan segera sepanjang musim sejuk ini.

“Kelaparan semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di seluruh Afghanistan, dengan tahap ketidakjaminan makanan dan kekurangan zat makanan semakin meluas dan parah.

“Negara ini kekal sebagai antara krisis kelaparan paling teruk di dunia,” kata Pengarah Komunikasi WFP di Afghanistan yang berpangkalan di Kabul, Isheeta Sumra, kepada Bernama.

Terletak di Banjaran Hindu Kush, Afghanistan mengalami musim sejuk yang panjang dari Disember hingga Mac, dengan suhu sering menjunam di bawah negatif 20 darjah Celsius.

Negara dengan populasi sekitar 44 juta itu terus bergelut dalam kemelut politik dan ekonomi susulan beberapa dekad peperangan yang memusnahkan infrastruktur asas, sistem kewangan serta melumpuhkan industri dan perdagangan.

Keadaan diburukkan lagi oleh bencana alam seperti gempa bumi dan kemarau yang berterusan.

“Menjelang 2026, kadar kekurangan zat makanan dijangka meningkat dengan ketara, dengan hampir empat juta kanak-kanak serta 1.2 juta wanita hamil dan menyusukan anak berdepan kekurangan zat makanan akut.

“Kehilangan pekerjaan dan ekonomi yang lemah telah menghakis kuasa beli rakyat, sekali gus memburukkan ketidakjaminan makanan. 

“Gempa bumi baru-baru ini di timur dan utara negara itu turut meningkatkan keperluan kemanusiaan, menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan,” kata Isheeta.

Menurut beliau, kemarau pada 2025 — yang dianggap paling buruk dalam tempoh sedekad — telah menjejaskan lebih separuh wilayah Afghanistan dan mencetuskan kegagalan tanaman secara meluas.

Afghanistan turut dilanda dua gempa bumi besar tahun ini, termasuk gempa berukuran 6.0 pada skala Richter di bahagian timur negara itu pada Ogos yang mengorbankan kira-kira 2,000 orang, lebih 1,000 daripadanya kanak-kanak.

Satu lagi gempa berukuran 6.3 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada November, mengorbankan hampir 30 orang.

Menteri Ekonomi Afghanistan, Qari Din Muhammad Hanif berkata pelbagai cabaran menyumbang kepada ketidakjaminan makanan meskipun kerajaan berusaha menangani isu berkenaan.

Beliau berkata perubahan iklim, bencana alam, kemarau, kepulangan pelarian Afghanistan, pembekuan rizab pertukaran asing Kabul oleh Amerika Syarikat serta pengurangan bantuan kemanusiaan antarabangsa telah memburukkan lagi krisis makanan dalaman negara itu.

Dianggarkan 2.6 juta pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke tanah air tahun ini, manakala kira-kira empat juta lagi kembali dari dua negara jiran tu sejak 2023.

“Ketidakjaminan makanan merupakan isu yang kompleks dan pelbagai dimensi, berpunca daripada gabungan faktor semula jadi, ekonomi, politik dan sosial. 

WFP turut menyuarakan kebimbangan bahawa agensi itu mungkin tidak mampu menyediakan sokongan mencukupi kepada jutaan rakyat Afghanistan susulan pemotongan dana bagi agensi antarabangsa untuk menyalurkan perkhidmatan asas di lapangan.

Afghanistan susulan pemotongan dana bagi agensi antarabangsa untuk menyalurkan perkhidmatan asas di lapangan. Afghanistan yang kini ditadbir Taliban sedang berusaha merancakkan semula ekonomi sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat pada 2021 dan pengambilalihan kuasa oleh Taliban di Kabul. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan