4 Mei kemuncak Pesta Kaul Mukah

MUKAH: Sempena Pesta Kaul Mukah 2019 yang berlangsung sejak 19 April lalu, Top Event
Management M Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM), Persatuan
Melanau Mukah dan Pejabat Residen Bahagian Mukah mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaul tahun ini.

Menurut Pengurus Pentas Kaul Mukah 2019, Remmy Ramai Sukup, pameran dan jualan akan telah pun bermula pada 19 April lalu hingga 4 Mei depan.

Antara acara yang telah diadakan ialah Pertandingan Makan Aiskrim untuk kanak-kanak, konsert artis jemputan iaitu Lucy Mapan, Buskers Mukah, jelajah Singgah Lokasi RTM Sibu,Karaoke Kaul, Persembahan Badut (Free Balloon), persembahan daripada Vokalis Kumpulan Dinamik iaitu Nai Dinamik dan bermukun.

Manakala hari ini (23 April) akan berlangsung Konsert Solo Rickie Andrewson diikuti Konsert Joe Asfley pada 24 April.

Manakala pertandingan Makan Aiskrim (keluarga) dan konsert artis Iban Dara Helena berlangsung 25 April serta persembahan bermukun dan persembahan artis Julita James.

Foto: Page KAUL MUKAH

“Penyanyi terkenal Iban, Ricky El dari Sarikei akan menghiburkan penduduk di Mukah pada malam 26 April (9.00 malam) di Pentas Kaul.

Tambah Remmy lagi, pada 27 hingga 28 April akan diadakan pertandingan Memanah Tradisional di Dataran Setia Raja Mukah, pertandingan Lumba Salui Lukut di Padang Mesra, Futsal Piala Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) di Dewan MTACYS, Jalan Lapangan Terbang Mukah, Kaul Mukah Zumba Party (27 April) di Tapak Kaul Mukah dan Kejohanan Wushu Daerah Mukah antara Sekolah Rendah dan Menengah yang berlangsung di Dewan Terbuka, SJCK Chong Boon Mukah.

Turut diadakan ialah Street Busking pada 26 dan 27 April di Tapak Kaul Mukah bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Acara akan disambung semula pada 29 April hingga 4 Mei.

Artis Iban Melissa Francis akan menghiburkan orang ramai pada 29 April.

Manakala pada 30 April Linda Lawmit akan meneruskan persembahan konsert diikuti konsert solo Karen Libau dan Evelyn Tiong serta pertandingan Karaoke Bintang Kecil peringkat saringan pada 1 Mei.

Penyanyi jemputan dari Semenanjung Shidi (Vokalis Kumpulan Data) akan menghiburkan peminat pada malam 2 Mei.

Pada 3 Mei pula akan diadakan pertandingan akhir Bintang Kecil dan persembahan konsert solo daripada Mady Spuan.

Manakala pada 4 Mei merupakan hari penutup program Kaul Mukah 2019.

Acara yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan akhir Karaoke Dewasa dan persembahan konsert solo penyenyi Melanau popular, Raymund Enyau pada sebelah malam.