40 peratus penduduk dunia diancam denggi

Semalam JKKK Kampung Masjid menerusi kerjasama KKM Cawangan Sarawak melancarkan pembasmian habis-habisan wabak denggi di kawasan Jalan Datuk Ajibal Abol Kuching dengan sokongan 100 sukarelawan.

Sebelum ini kawasan berkenaan dikategori wabak tidak terkawal tetapi pembasmian demi pembasmian menyedarkan orang kampung bahaya nyamuk Aedes dan demam denggi.

Jabatan Kesihatan Negeri baru-baru ini mengesahkan terdapat 42 kes deman denggi dilaporkan sehingga 17 Jun (semalam) di kawasan berkenaan.

Apa yang berlaku di Jalan Ajibah Abol bukan kerana penduduknya yang tidak pandai menjaga kebersihan tetapi di sana, satu kawasan dikenal pasti menjadi punca dijadi- kan tempat nyamuk bertandang, kawasan bangunan terbiar yang didiami gelandangan.

Bangunan tinggalan itu disepahkan dengan sampah, barangan buangan malah dijadikan rumah percuma gelandangan tanpa dinding serta tiada pihak mempedulikan keberadaan gelandangan berkenaan.

Dalam kata lain, gelandangan bebas mendiami bangunan berkenaan tanpa larangan sehingga ia menjadi lokasi kotor dan menjijikkan.

Seharusnya gelandangan dikeluarkan dari situ kerana sebagai individu yang mendiami kejiranan berkenaan, mereka merupakan gangguan kecil bagi penduduk sekitar.

Pada masa yang sama, pen- duduk harus memberi sokongan bagi isu membasmi Aedes kerana tanpa kerjasama total masalah ini sukar diselesaikan.

Apatah lagi, di sekitar kawasan wabak, terdapat dua sekolah rendah yang memberi risiko untuk anak-anak kita terdedah denggi. Biarpun belum ada kes kematian, tetapi sikap mencegah adalah lebih baik daripada menunggu pihak berkuasa tempatan melaksanakan kempen.

Program Pencegahan

Penduduk perlu dinasihati menyertai program komuniti pencegahan sehingga ke peringkat akar umbi. Kajian terbaru mendedahkan hanya satu perempat daripada kita mampu mengawal atau bersedia menghadapinya.

Tinjau Selidik Denggi SEA kajian pertama yang dilaksanakan oleh GlaxoSmithKline (GSK) mendedahkan walaupun denggi menjadi kebimbangan orang ramai namun kefahaman berkaitan risiko, gejala dan pengurusannya amat terhad.

Hanya 50 peratus daripada individu dalam kajian berkenaan menyatakan mereka tahu cara mengesan gejalanya manakala 33 peratus maklum bahawa tiada

penawar bagi demam denggi. Paling membimbangkan, hampir 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak sedar Parasetamol ialah satu-satunya ubat disyorkan menangani demam denggi seperti dipersetujui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hasil kajian memaparkan dimensi baharu kepada risiko denggi di Malaysia mendapati, potensi lebih besar untuk tersalah diagnosis atau menguruskan penyakit secara tidak betul meningkatkan kemungkinan berlaku kerumitan yang boleh mengancam nyawa.

Walaupun perangkaan negara baru-baru ini mendapati kes denggi secara keseluruhannya merosot berbanding tahun lalu, kesan dan akibatnya memudaratkan mewu- judkan ancaman berterusan kepa- da rakyat negara ini.

Ini kerana denggi sejenis jangkitan virus serius yang merebak daripada seorang kepada seorang lain menerusi nyamuk Aedes.

Penyakit virus bawaan vektor yang paling pantas merebak di dunia ini, ancaman denggi sememangnya berleluasa dan berbahaya kerana hampir 40 peratus daripada penduduk di dunia dianggarkan berisiko diserang denggi.

Manakala di Asia Tenggara menunjukkan tahap kelaziman demam denggi tertinggi dialami 2.9 juta orang setiap tahun sehingga men- jadi beban serantau paling besar di dunia.

Demam denggi disebarkan melalui nyamuk Aedes aegypti dan biasanya ia terdapat di dalam atau sekeliling kediaman.

Walaupun pernah menghidap demam denggi, ia tidak bermakna manusia selamat kerana ia wabak boleh berulang.

Disebabkan itu, apabila ada aktiviti pengasapan di kawasan kediaman, biarkan tingkap rumah terbuka untuk memastikan semburan berkenaan memasuki rumah, sekali gus dapat menghapuskan telur nyamuk yang membiak.

11,500 profesional terlibat kajian denggi

Tindakan menutup tingkap atau pintu ketika semburan dilakukan tidak berjaya menghapuskan telur atau nyamuk itu sendiri malah merumitkan keadaan jika ia membiak di dalam atau sekitar rumah.

Golongan berisiko tinggi mendapat penyakit ini adalah anak kecil kerana sistem imun mereka lebih rendah berbanding orang dewasa.

Selain itu, individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya meningkatkan risiko mendapat denggi dengan mudah.

Sangat penting mengetahui bahawa diagnosis demam denggi boleh dibuat pada hari pertama jangkitan dengan melakukan ujian darah. Ini kerana denggi yang serius boleh membahayakan nyawa dan perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera pada 24 hingga 48 jam pertama selepas munculnya tanda serius.

Tanda denggi yang serius biasanya muncul tiga hingga tujuh hari selepas kemunculan simptom denggi yang pertama.

Memandangkan tahap kesedaran tinggi berkaitan kesan denggi dan tahap keterukan penyakit, tidak hairanlah hampir 90 peratus daripada peserta tinjau selidik mahu mempelajari lebih lanjut penyakit itu.

Pengarah Pemasaran Asia Tenggara Bahagian Pernafasan dan Pengurangan Kesakitan GSK Consumer Healthcare Heather Pelier dipetik sebagai berkata, sebahagian besar rakyat Malaysia yang ditinjau selidik mengambil langkah proaktif membantu mencegah denggi.

Namun, apabila dijangkiti, kita tidak tahu cara mengenal pasti gejala, langkah menguruskan penyakit dan paling penting cara mencari maklumat penting yang boleh dipercayai.

Ketidakpastian ini menunjukkan keperluan mendidik masyarakat semakin ketara bagi memastikan mereka lebih yakin dan berilmu dalam menangani gejala denggi.

Diasaskan pada 2015, hasil kaji selidik mula dilancarkan di Indonesia dan diikuti Malaysia serta Filipina dengan penyertaan lebih 11,500 profesional.

Hasil kaji selidik bersetuju bahawa misi memperkasa dan mendidik lebih tujuh juta pesakit berkaitan pencegahan dan pengurusan denggi lebih efektif menerusi pel- bagai saluran digital, media serta kempen di lokasi kejadian.

Suara Sarawak