PADAWAN: Lebih 400 tetamu hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Raya Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kelmarin.
Pengerusi MPP Tan Kai turut kelihatan meraikan rumah terbuka yang merupakan acara tahunan majlis berkenaan.
Menurutnya, objektif program itu untuk meraikan semua pihak pada setiap musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya, terutama yang bekerjasama dengan MPP.
“Ia sekali gus, mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pada Majlis Rumah Terbuka MPP di pejabatnya di sini, semalam.
Rumah terbuka itu dihadiri masyarakat pelbagai kaum dan agama termasuk ahli MPP, ketua masyarakat dan ketua kaum, kakitangan jabatan dan lain-lain.
Berita penuh dalam epaper STSS. https://stssapp.com/



