ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

40,000 orang berpesta di tapak larangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CORNUSSE: Dianggarkan 40,000 pengunjung berkumpul pada Sabtu untuk memeriahkan pesta haram di sebuah tapak tentera di Perancis, melanggar amaran tentang risiko kemungkinan letupan daripada senjata lama.

Dentuman muzik tekno bergema di seluruh lapang sasar yang luas berhampiran bandar Bourges di tengah Perancis ketika pengunjung yang berpesta. Rata-rata pengunjung memakai pakaian berwarna terang, bahkan ada juga yang tidak berbaju.

Mereka berkumpul untuk acara tanpa kebenaran itu, yang dikenali sebagai “pesta percuma”, yang bermula pada Jumaat.

Di padang berumput di belakang mereka, kelihatan banyak van diparkir dan khemah dirikan.

Pihak berkuasa menganggarkan kehadiran seramai 20,000 orang pada pagi Sabtu, namun kemudiannya semakin ramai pengunjung pesta tiba.

Tekno Anti Rep, rangkaian sokongan pesta percuma yang berada di tapak tersebut, memberitahu AFP jumlah pengunjung sekitar 35,000 orang dan bertambah menjadi 40,000 menjelang petang. Pakar pelupusan bom terpaksa campur tangan selepas sebutir peluru ditemui berhampiran jalan yang melalui tapak pesta, kata pegawai tempatan.

Perhimpunan itu diadakan ketika Parlimen Perancis berusaha untuk mengetatkan undang-undang terhadap pesta sedemikian yang tidak dibenarkan, memperkenalkan hukuman penjara terhadap penganjur dan denda untuk peserta

. “Walaupun sifatnya yang menyalahi undang-undang, kerajaan telah menggerakkan usaha untuk memastikan keselamatan acara tersebut dan mengehadkan sebarang gangguan,” kata wilayah itu.

Pengawas tempatan, Philippe Le Moing Surzur berkata, tapak itu sangat berbahaya kerana mungkin terdapat peluru yang tidak meletup.

Walaupun peluru moden tidak menimbulkan ancaman, beliau memberi amaran tentang risiko daripada peluru lama yang tidak meletup sejak Perang Dunia II.

Beliau mengatakan Direktorat Jeneral Persenjataan Perancis, yang memiliki tanah tersebut, tidak mempunyai pengetahuan yang tepat tentang risiko tersebut.

“Ini adalah tapak yang telah digunakan selama 150 tahun, dan kami tahu terdapat kemungkinan peluru artileri lama di sana,” katanya, sambil menambah pakar pelupusan bom kerap menemuinya.

Lapang sasar tembakan itu meliputi kawasan seluas 10,000 hektar dan bersilang-silang dengan jalan raya yang ditutup semasa ujian tetapi dibuka kepada orang ramai pada masa lain. – AFP

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU