ARTIKEL

Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu.

42 Warga Kerja BDA Terima Sumbangan Sempena Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 42 warga kerja Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima sumbangan sempena Ramadan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar BDA, Abdul Rahim Abdullah sebagai usaha mengimarahkan Ramadan yang penuh keberkatan serta membantu meringankan beban penerima.

BDA dalam satu kenyataan berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak pengurusan dalam menyantuni warga kerja serta menghargai sumbangan mereka dalam memacu pembangunan organisasi.

Menurut kenyataan itu lagi, bantuan yang disalurkan diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada para penerima, selain membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dengan warga kerja, sekali gus memupuk budaya prihatin, kebersamaan serta semangat saling membantu dalam organisasi.

Pihak penganjur berharap sumbangan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi pemangkin dalam usaha memperkukuh nilai kebajikan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerja BDA.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier