ARTIKEL

ABANG Johari, Fadillah serta tetamu lain bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran BKK Pelajar Sarawak Di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, dekat sebuah hotel terkemuka di ibu negara, hari ini. Foto. UKAS

42,000 pelajar Sarawak terima BKK RM1,200

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak giat mempersiapkan anak-anak Sarawak agar menjadi tenaga profesional bertaraf global.

ABANG Johari ketika diajak berswata foto oleh pelajar Sarawak.
ABANG Johari, Fadillah serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama penerima BKK.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai komitmen tinggi memperkasakan pendidikan generasi muda dan merancakkan pembangunan ekonomi menerusi pelbagai inisiatif strategik.

Bantuan diberikan tanpa mengira latar belakang sosial pelajar – sebagai satu bentuk sokongan strategik melahirkan generasi muda intelek, berdaya saing dan mampu meneroka peluang bukan sahaja di dalam negeri, malah di peringkat antarabangsa.

“Atruktur ekonomi dunia telah berubah. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk bekerja dan bersaing di luar sempadan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak Di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, dekat sebuah hotel terkemuka di ibu negara, hari ini.

Jelasnya, dengan pelancaran tersebut telah menoktahkan penantian kira-kira 42,000 pelajar Sarawak yang kini menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Beliau menambah, melalui BKK, Kerajaan Sarawak diterajui GPS sudah menunaikan janji seperti mana yang diumumkan semasa Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) sebelum ini bagi mencari inisiatif bagi membantu para pelajar IPT Sarawak di seluruh negara.

“Inisiatif BKK sebanyak RM1,200 ini disalurkan secara berperingkat melalui aplikasi S PAY Global melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM50.4 juta.

“Anak-anak Sarawak beruntung kerana mendapat bantuan kewangan yang disediakan, tapi pelajar beruntung bukan hanya sebagai anak Sarawak tetapi beruntung kerana memiliki Kerajaan Sarawak yang prihatin.

“Ini kerana, tidak semesti kerajaan dapat menunaikan janji seumpamanya, tetapi kita mempunyai Kerajaan Sarawak yang prihatin, yang tahu masa depan Sarawak, bagaimana hendak menurunkan kemiskinan dan bagaimana hendak memantapkan ekonomi Sarawak di peringkat global,” ujarnya.

Terdahulu Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn memberitahu, setiap pelajar layak menerima RM600 setiap semester, bersamaan dua kali setahun sepanjang tempoh pengajian mereka.

Katanya, langkah ini bukan sekadar menyokong keperluan kewangan, tetapi juga satu bentuk penghargaan dan dorongan kepada anak-anak Sarawak untuk terus fokus kepada pengajian mereka tanpa memikirkan masalah kewangan.

“Sebagai usaha berterusan memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada menerima manfaat ini, fasa kedua permohonan akan dibuka pada September depan.

“la memberi peluang kepada pelajar yang baru mendaftar ke IPT atau mereka yang belum sempat membuat permohonan dalam fasa pertama yang lalu,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan