ARTIKEL

GEMBIRA... Para penerima sijil pengiktirafan permohonan diiktiraf Bumiputera Sarawak GAMBAR: GHAZALI BUJANG

43 penduduk teruja terima sijil pengiktirafan Bumiputera Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seramai 43 penduduk sah bergelar sebagai bangsa Bidayuh selepas menerima sijil pengiktirafan permohonan diiktiraf Bumiputera Sarawak di Pejabat Daerah Bau, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak merangkap ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, jumlah tersebut menjadikan penerima sijil seramai 85 orang menerusi Majlis Daerah Bau (MDB).

“Kali ini kita mempunyai seramai 43 calon atau pun penerima yang pertama, jadi setakat ini kita telah mengeluarkan sebanyak 85 sijil untuk daerah Bau.

“Kebanyakan Bidayuh menggunakan nama Cina, India malah ada yang menggunakan nama Melayu tapi cara hidup dan pertuturannya Bidayuh, begitu juga kehidupan hidup dalam kalangan masyarakat Bidayuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis penyerahan sijil pengiktirafan permohonan diiktiraf Bumiputera Sarawak di Tingkat 2, Kompleks Pejabat Daerah Bau, di sini, hari ini.

Menurut Henrry, setakat ini sebanyak 160 permohonan sijil pengiktirafan Bumiputera selaku bangsa Bidayuh telah diterima dan 85 daripadanya telah mendapat kelulusan untuk diberikan sijil.

“Permohonan itu adalah di bawah Majlis Daerah Bau di mana proses tapisan pemohonan akan mengambil masa satu hingga dua bulan.

“Ada penerima sijil yang umur 60 tahun, kalau kerajaan tidak gubalkan undang-undang (status peribumi di bawah Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 bermakna mereka tidak dapat,” katanya.

Sementara itu, Henry turut mengesahkan pemohon bagi kategori kanak-kanak juga perlu memohon walaupun ayah atau ibunya orang Sarawak.

Terdahulu pada Julai, seramai 41 pemohon telah menerima sijil yang sama menerusi Pejabat Daerah Bau.43 penduduk teruja terima sijil pengiktirafan Bumiputera Sarawak

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai