ARTIKEL

4,547 anggota tentera, penjawat amat serta keluarga di Sarawak terima dos penggalak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 4,547 penerima terdiri daripada anggota Tentera Darat, penjawat awam Kementerian Pertahanan dan keluarga di Sarawak diberikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara pandu lalu fasa pertama.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa memberitahu, program tersebut melibatkan lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula pada 10 November dan dijangka selesai pada 16 November nanti.

“Melalui inisiatif Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dos penggalak diberikan kepada anggota Tentera Darat yang bertugas bersama-sama agensi kesihatan dan keselamatan amat diperlukan terutama bagi yang bertugas di persempadanan Sarawak dan Kalimantan Barat,” katanya pada sidang media ketika Program Vaksinasi Covid-19 Bagi Dos Penggalak dijalankan, hari ini.

Hari ini, dos vaksin penggalak diberikan kepada 1,149 orang penerima di PPV Kem Muara Tuang, manakala lain-lain kawasan adalah PPV Kem Pakit Sri Aman dengan jumlah penerima seramai 299 orang, PPV Kem Similajau, Bintulu (266), PPV Kem Oya, Sibu (2,078) dan PPV Kem Sri Miri (755).

Tambahnya, program vaksinasi fasa kedua akan bermula pada Januari depan melibatkan ahli keluarga dan juga anggota tentera yang lain.

Hadir sama, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad di PPV Kem Muara Tuang.

Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa ditemu bual oleh pihak media

BERITA LAIN

BERITA TERBARU