ARTIKEL

OPS… Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi khas membanteras kesalahan lalu lintas oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau malam tadi.

49 saman dikeluarkan dalam operasi khas di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebanyak 49 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dan lapan motosikal disita dalam operasi khas membanteras kesalahan lalu lintas oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr Daram Ruer, berkata, operasi yang bermula sekitar 6 petang hingga 12.30 tengah malam itu memberi tumpuan di tiga lokasi utama iaitu Jalan Bau-Singai berhampiran kawasan Redeems, Jalan Bau-Batu Kawa dan sekitar Pasar Bau.

“Seramai dua pegawai dan enam anggota polis trafik terlibat dalam operasi bersepadu tersebut.

Pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh terhadap penunggang motosikal bagi mengesan pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Dr Daram, sepanjang operasi, polis memeriksa 58 buah motosikal dan menyoal siasat seramai 65 individu di ketiga-tiga lokasi yang terlibat.

Daripada jumlah itu katanya, lapan motosikal ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pelbagai kesalahan serius yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kesalahan paling tinggi dikesan ialah mengubah suai struktur kenderaan dengan 16 saman dikeluarkan.

“Kesalahan lain termasuk tiada cermin sisi (lapan saman), tiada nombor pendaftaran (enam saman), tidak memakai topi keledar (enam saman), tiada lesen memandu (lima saman), tiada pelekat ‘P’ (tiga saman), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (tiga saman) dan melawan arus (dua saman).

“Operasi ini adalah sebahagian usaha berterusan polis trafik untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, di samping membanteras aktiviti samseng jalanan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang trafik dan mengutamakan keselamatan diri, selain menggesa ibu bapa memantau anak-anak agar tidak terlibat dalam aktiviti permotoran haram.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan samseng jalanan di daerah ini boleh menghubungi polis di talian 082-763311.

BERITA LAIN

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,