LUNDU: Seramai 50 orang kanak-kanak asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima sumbangan kelengkapan pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Program Sinar Syawal Yayasan Kebajikan Negara 2025, hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurutnya, program tersebut merupakan penyerahan sumbangan pakaian raya tajaan Alliance Islamic Bank Berhad yang diadakan di sebuah pasar raya di kawasan Lundu.
Dalam perkembangan sama katanya, diharapkan sumbangan itu dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Program anjuran bersama YKN dan Alliance Islamic Bank ini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.
Terdahulu, turut hadir majlis Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron dan Naib Presiden Islamic Deposits dan Liputan Pasaran Alliance Islamic Bank Norfila Abdul Azizi.



