ARTIKEL

50 juta hilang kerja di dunia Arab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Lebih 50 juta hilang pekerjaan di negara Arab di Timur Tengah khususnya yang terlibat di sektor pelancongan.

Lapangan kerja yang menerima padah itu melibatkan sekitar 12 hingga 14 peratus daripada bidang pekerjaan di dunia Arab.

Dana Kewangan Arab (AMF) menyatakan, negara paling terimpak virus korona ialah Arab Saudi, diikuti Emiriyah Arab Bersatu (UEA), Mesir, Tunisia, Maghribi dan Palestin. Industri pelancongan dikatakan salah satu sektor ekonomi paling aktif mendapat kesan langsung wabak Covid-19 akibat sekatan perjalanan dikuat kuasa di seluruh dunia.

Menurut AMF pendapatan pelancongan di negara Arab mencapai AS$313.6 bilion (RM1.339 trilion) pada 2019 berbanding AS$281.5 bilion (RM1.201 trilion) pada 2018.

Jumlah itu sekitar 11.4 peratus daripada produk domestik dunia Arab yang mampu memberi impak ketika industri menyusut akibat pandemik Covid-19.

Pandemik kini menjadi isu global, tidak hanya di dunia Arab dengan vaksin belum lagi ditemui.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan