ARTIKEL

50 mayat ditemui dalam kubur besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUADALAJAR: Sekurang-kurangnya 50 mayat ditemui dalam kubur besar di sebuah ladang, luar bandar Guadalajara, Mexico barat, kata pihak berkuasa tempatan.

Tapak itu ditemui lebih tiga minggu lalu di Jalisco, sebuah negara yang dilanda keganasan yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Pejabat pendakwa tempatan berkata, setakat ini mayat melibatkan 12 lelaki dan seorang wanita itu sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga mereka untuk dikebumikan.

Sementara itu, proses mengenal pasti mangsa yang lain serta punca mangsa mati akan diteruskan, tambahnya.

Kubur besar yang mengandungi 34 mayat itu ditemui di pinggir bandar Guadalajara pada 3 September manakala seorang lagi dijumpai berhampiran pada Mei lalu dengan 30 mayat yang lain.

Hampir 2,500 pembunuhan dilaporkan antara Januari dan November di Jalisco ketika kartel dadah Jalisco Nueva Generacion berkuasa, menurut kenyataan pihak berkuasa negeri tersebut. – AFP

BERITA LAIN

BERITA TERBARU