ARTIKEL

Peserta Program Pemerkasaan Usahawan Desa bergambar kenangan selepas mengikuti program yang berlangsung di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak.

50 wanita sertai Program Pemerkasaan Usahawan Desa anjuran YAKIN dan AIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 50 peserta wanita menyertai Program Pemerkasaan Usahawan Desa yang dianjurkan hasil kerjasama antara Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak, baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan dan pembangunan keusahawanan menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Sosioekonomi YAKIN di bawah Program Penjanaan Ekonomi.

Pegawai Projek YAKIN, Maliah Adenan, berkata program berkenaan merupakan antara usaha berterusan pihaknya dalam memperkasa masyarakat, khususnya golongan wanita, agar lebih berdaya saing dalam bidang keusahawanan.

“Pada tahun ini, YAKIN telah menganjurkan beberapa program pembangunan usahawan seperti Program Usahawan Kreatif, Program Usahawan Belia, Program Usahawan Hidroponik dan Program Usahawan Desa dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat dalam bidang berkenaan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Selain program keusahawanan, katanya, YAKIN turut melaksanakan Program Kemasyarakatan dan Kebajikan yang menyalurkan bantuan beras secara bulanan kepada 90 penerima dalam kalangan klien yang menetap di sekitar Kuching.

Menurut beliau, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam menyokong usaha kerajaan membasmi kemiskinan, YAKIN sentiasa mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada pihak korporat bagi membantu menjayakan pelbagai program yang telah dirancang.

“Kami berharap lebih banyak syarikat tampil untuk menyalurkan sumbangan bagi membolehkan YAKIN terus melaksanakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Pada Ogos nanti, YAKIN juga akan menganjurkan promosi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” tambahnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program YAKIN boleh menghubungi urus setia, Encik Parseh Kahar di talian 011-21865622 pada waktu pejabat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha