ARTIKEL

Penganjuran BeliaGoBiz Debak 2025 sasar penyertaan 500 usahawan belia Bahagian Betong. Foto MYSED Bahagian Betong

500 belia dijangka sertai BeliaGoBiz Debak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seramai 500 peserta belia dari sekitar Bahagian Betong dijangka membanjiri Gelanggang Riveria Futsal Debak pada 23 hingga 24 Ogos ini sempena penganjuran BeliaGoBiz Debak 2025 anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).


Pegawai MYSED Bahagian Betong, Dayang Amynarima Abang Mua’an berkata, penyertaan terbuka kepada semua belia tanpa mengira sama ada perniagaan mereka berdaftar atau tidak.
“Saya menyeru kepada semua usahawan belia agar merebut peluang ini kerana penyertaan adalah terbuka kepada semua,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.


Menurut beliau, program ini antara lain akan berkongsi tip pendaftaran syarikat dan mengadakan sesi ceramah kemahiran perniagaan untuk membantu belia menceburi dunia keusahawanan.


“Peserta akan didedahkan dengan tatacara mengurus dan mengembangkan perniagaan, termasuk strategi pemasaran digital. Malah, mereka juga akan diberi panduan untuk memohon dana atau geran kerajaan,” jelasnya.


Program dua hari itu menampilkan lapan acara utama termasuk ceramah dan pameran oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED).


Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti gerai jualan, pertandingan pangkah gasing, sepakan penalti, zumba, karaoke dan sukaneka selain, pentas hiburan bersama artis Iban terkenal, Lucy M dan Band Mix Buskers dari Bungin.


Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah.
Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Ain Natasya Bina di talian 014-889 3498. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha