BALINGIAN: Seramai 500 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, semalam.
Selaku tuan rumah, beiau meluahkan rasa syukur kerana dapat menganjurkan sekali lagi majlis tersebut pada tahun ini di Kampung Masjid Balingian.
Dalam pada itu, Penghulu Pekan Balingian, Harbi Baker, ketika ditemui media berkata majlis pada tahun ini sememangnya telah dirancang lebih awal untuk menyantuni masyarakat di sekitar Balingian.
“Alhamdulillah, pada petang ini sambutan agak meriah dengan kehadiran pelbagai bangsa dan kaum seperti Iban, Cina, Melayu dan Melanau, termasuk rakan-rakan dari Mukah serta Bintulu, dan Insya-Allah, majlis ini akan berjalan dengan baik,” jelasnya.
Turut hadir, Pegawai Pejabat Daerah Kecil Balingian, Dominic Ahjun, serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Balingian. – EDISI UKAS




