ARTIKEL

SEMANGAT... Fazzrudin (tengah) hadir pada paparan skrin besar Sukan SEA Thailand 2025 di Perkampungan Sukan Sarawak.

500 pengunjung meriahkan paparan skrin Sukan SEA Thailand di Perkampungan Sukan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 500 pengunjung memeriahkan suasana di Bangunan Perkampungan Sukan Sarawak sempena Program paparan skrin siaran langsung Majlis Penutupan Sukan SEA Thailand 2025, malam Sabtu (20 Disember).

Majlis itu turut menjadi saksi detik Malaysia menerima Bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) selaku tuan rumah temasya tersebut pada 2027.

MERIAH… Para pengunjung turut disediakan aktiviti menarik sepanjang program.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, majlis yang turut diserikan dengan pencahayaan lampu di sekitar Perkampungan Sukan Sarawak adalah untuk masyarakat khususnya warga di sekitar bandar raya Kuching untuk bersama-sama memeriahkan suasana selaku tuan rumah bersama penganjuran Sukan SEA 2027.

“Kita bersama-sama meraikan penutupan dan berharap momentum kemeriahan seperti ini dapat dikekalkan sehingga menjelang waktu sebenar Sukan SEA 2027 nanti,”katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tersebut.

TUMPUAN… McDelon (kiri) dan Mikail Ghazali antara atlet Sarawak yang hadir memeriahkan program.

Dalam perkembangan sama, Fazzrudin yakin penganjuran temasya itu kelak akan memberi impak besar kepada Sarawak khususnya dari segi sosial dan juga ekonomi.

Sementara itu, Presiden Taekwondo Malaysia merangkap ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan turut mengungkap kebanggaan apabila Malaysia diumumkan selaku tuan rumah Sukan SEA 2027.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU