5,000 meriahkan rumah terbuka TBC Ahli Parlimen Bintulu

BINTULU: Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka TBC Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing dan Parti Demokratik Progresif(PDP) di Dewan Suarah, di sini.

Orang ramai mulai membanjiri Dewan Suarah Bintulu seawal jam 8 pagi untuk sama-sama memeriahkan acara tahunan yang antara lain bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan latar belakang budaya disamping sebagai platform untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di bahagian ini, amnya, sekaligus berkongsi kemeriahan sambutan TBC.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba jam 10.30 pagi disusuli Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud setengah jam kemudian.

Hadir sama mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, serta Menteri-Menteri Muda Kabinet Negeri yang lain.

TBC itu yang merupakan acara tahunan terbesar sejak tahun 2000.

Persembahan kebudayaan dan nyanyian dari pelbagai suku kaum dan etnik akan turut dipersembahkan untuk hiburan dif- dif kenamaan, tetamu jemputan dan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka TBC tersebut.

Suara Sarawak