ARTIKEL

500,000 dipindahkan sebelum taufan lain badai Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEGAZPI: Ribuan penduduk dipindahkan dari kediaman mereka di kawasan yang dilanda ribut di Filipina ketika taufan ketiga dalam beberapa minggu bergerak ke arah negara itu.

Vamco dijangka membadai Pulau Catanduanes, yang mengalami kemusnahan akibat Taufan Goni kurang dua minggu lalu, sebelum mendarat di Pulau Luzon lewat Rabu atau awal Khamis.

Angin kencang dan hujan lebat dijangka melanda bahagian tengah dan selatan Luzon, kata peramal cuaca negeri.

Kira-kira 500,000 orang yang tinggal di laluan taufan diarah meninggalkan kediaman mereka, kata jurucakap Pertahanan Awam wilayah, Gremil Alexis Naz.

Wilayah Bicol, yang dilintasi  Vamco ketika bergerak ke Manila, masih belum pulih daripada bencana bawaan taufan Molave dan Goni, yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal.

Sebahagian besar wilayah itu masih tanpa bekalan elektrik dan dengan perkhidmatan telekomunikasi terhad atau tiada langsung selepas Goni (taufan paling kuat tahun ini) mencabut tiang elekrtik, memusnahkan rumah dan menyebabkan jalan-jalan ditenggelami banjir.

Pemindahan awal sekitar 400,000 orang di wilayah itu menyelamatkan banyak nyawa.

Bagaimanapun, usaha pemindahan di Pulau Catanduanes kali ini menjadi rumit selepas Goni memusnahkan beberapa tempat perlindungan kecemasannya.

“Ketika kami dalam 1 peratus pemulihan dan kemudian… Ulysses (nama Filipina bagi taufan Vamco) pula yang datang,” kata Gabenor Catandeanes Joseph Cua memberitahu penyiar tempatan ABS-CBN.

“Saya berharap orang tidak jemu membantu kami,” tambahnya.

Vamco bergerak dengan kelajuan 130-155 km sejam sebelum ia membuat pendaratan, kata peramal cuaca.

Taufan itu dijangka membawa hujan lebat di Manila dan wilayah berdekatan ketika ia membadai seluruh negara.

Perkhidmatan cuaca juga memberi amaran banjir, tanah runtuh dan ombak beberapa meter tinggi di sepanjang bahagian pantai timur dan di ibu negara. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi