ARTIKEL

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Riuh HangOut di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail. | BERNAMA

5,023 peluang pekerjaan berjaya dicipta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,023 peluang pekerjaan berjaya dicipta menerusi Program Kembara RIUH anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dari 2022 hingga tahun lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program tersebut turut memberi impak kepada 4,324 penggiat seni dan kreatif serta menerima lebih 285,000 pengunjung dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM2.8 juta dalam tempoh tersebut.

“Tahun lalu, Kembara RIUH dilaksanakan di empat lokasi dengan rekod jualan kumulatif hampir RM1.5 juta dengan 824 pekerjaan diwujudkan yang membantu 643 penggiat seni dan kreatif.

“Ini termasuklah penganjuran Tiba-Tiba RIUH yang telah berjaya dianjurkan hanya dalam tempoh kurang daripada 14 jam, susulan pembatalan festival The Good Vibes,” katanya ketika berucap pada majlis ‘RIUH Hangout’ di sini.

Turut hadir pada program tersebut Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Zainariah Johari.

Susulan rekod pencapaian baik program tersebut, Fahmi yang turut melancarkan Program Kembara Riuh 2024 berkata program tersebut akan dilaksanakan dalam skala lebih besar dengan jangkauan lokasi lebih luas.
Antaranya RIUH Raya KL Bersama CUCKOO di Kuala Lumpur pada 29 hingga 31 Mac, RIUH Raya Johor di Johor Bharu (5 hingga 7 April) dan RIUH x Hari Belia Negara di Melaka (25 hingga 26 Mei).

Selain itu RIUH Oha! di Kuching, Sarawak (28 hingga 30 Jun), RIUH Bah! 2.0 di Kota Kinabalu, Sabah (14 hingga 16 Sept), RIUH Ork! di Kuantan, Pahang (25 hingga 26 Okt) dan Rock N’ RIUH di KL (6 hingga 8 Dis).

MyCreative Ventures Sdn Bhd yang bermula pada 2012 bertujuan membantu memperkasa industri kreatif dan seni tanah air melalui beberapa pinjaman dan pelaburan ekuiti strategik serta geran seperti Dana Kandungan Digital Industri Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa dan Dana Irama Perpaduan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU