ARTIKEL

512 pemain, 32 pasukan rebut Piala Cabaran Battosai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 512 pemain daripada 32 pasukan sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Lundu dan Simunjan memulakan cabaran merebut kejuaraan Piala Cabaran Battosai (BCC) Edisi Ketiga 2026 yang dibuka di Padang Kampung Bantang, Serian, Ahad lalu.

Kejohanan anjuran Kelab Battosai United itu menawarkan hadiah utama wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat kepada juara, sekali gus menjanjikan persaingan sengit sepanjang lima minggu pertandingan berlangsung.

Sahabat Kickers FC…kenduri gol 5-0 pada pusingan pertama.

Pengerusi Pertandingan, Raymond Lori berkata penyertaan menggalakkan itu membuktikan kejohanan berkenaan terus mendapat sambutan dalam kalangan komuniti bola sepak tempatan sejak mula diperkenalkan pada 2024.

Menurutnya, pertandingan yang menggunakan format kalah mati itu mempertaruhkan aksi 11 sebelah dengan setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 16 pemain bagi merebut tempat ke pusingan seterusnya.

“Tujuan utama penganjuran adalah untuk menggalakkan pelibatan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan berdisiplin, selain menyediakan platform persaingan kepada pemain bola sepak tempatan.

“Kita juga mahu memperkukuh kedudukan BCC sebagai kejohanan bola sepak yang berterusan dan mampu memberikan manfaat kepada pemain serta komuniti setempat,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Raymond berkata kejohanan itu turut memberi peluang kepada pemain dari pelbagai kawasan untuk menguji kemampuan masing-masing, di samping membina hubungan dan memupuk semangat kesukanan menerusi persaingan yang sihat.

Semenggol Empire…menang 1-0 menentang New Era FT pada pusingan pertama.

Beliau menjelaskan penganjuran edisi ketiga itu juga sebahagian daripada usaha Kelab Battosai United untuk menjadikan pertandingan berkenaan sebagai acara tahunan yang lebih tersusun dan mendapat penyertaan lebih meluas.

“Kita berharap BCC dapat diteruskan sebagai kejohanan tahunan, selain menjadi platform melahirkan pemain berpotensi yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Pada masa sama, kita mahu memperluas penyertaan serta meningkatkan kualiti penganjuran supaya kejohanan ini terus berkembang pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Raymond berharap kesinambungan penganjuran itu dapat memperkukuh pembangunan bola sepak akar umbi, selain memastikan BCC terus menjadi medan persaingan kepada pasukan tempatan serta melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

Bagi pembahagian hadiah, pasukan naib juara bakal menerima wang tunai RM1,500 berserta piala dan pingat, manakala tempat ketiga memperoleh RM600 dan tempat keempat RM400, dengan masing-masing turut menerima piala serta pingat.

Selain hadiah berpasukan, penganjur menyediakan anugerah Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik yang menawarkan wang tunai serta piala sebagai pengiktirafan kepada pemain yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.

Sebagai rekod, edisi pertama pada 2024 berlangsung di Padang Kampung Sebangkui, Serian dengan KB United dinobatkan sebagai juara, sebelum NDFA menguasai edisi kedua di Padang Kampung Paon Gahat, Serian pada 2025.

Bantang FC…pasukan tuan rumah menang tipis 1-0 pada pusingan pertama.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU