ARTIKEL

JCorp nafi kaitan syarikat ladang Indonesia dalam kebakaran hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Johor Corporation (JCorp) menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan syarikat perladangan Indonesia yang didakwa terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah.

Dakwaan itu tercetus susulan laporan badan bukan kerajaan Wahana Linkungan Hidup Indonesia (WALHI) yang menyenaraikan 21 syarikat berkaitan entiti perniagaan Malaysia.

Menurut Bernama, JCorp menjelaskan bahawa pihaknya tidak memiliki atau mengendalikan sebarang ladang di luar Malaysia.

Melalui anak syarikat milik penuhnya, Kulim (Malaysia) Berhad, JCorp melupuskan kepentingan dalam lima syarikat Indonesia pada 2007 dan dua entiti lain pada 6 Julai 2023.

JCorp menegaskan dakwaan tidak berasas itu menimbulkan tanggapan salah serta menjejaskan reputasi JCorp dan Kerajaan Negeri Johor secara serius.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU