ARTIKEL

Hilang monumen di Pantai Tusan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sedih, namun kita perlu terima hakikat, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai isu runtuhnya Kuda Cliff atau Cenuram Kuda Minum di Pantai Tusan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, insiden itu berlaku ketika beliau dan rombongannya sedang dalam perjalanan ke Gainesville di Florida, Amerika Syarikat menjayakan misi membawa artifak Gua Niah ke Kuching.

“Ia merupakan satu monumen penting kerana pengunjung datang ke Pantai Tusan akan merakam gambar. “Saya pun tidak dapat butiran lanjut struktur tersebut jatuh. Saya kurang pasti kenapa, tetapi saya rasa ini disebabkan faktor semula jadi,” katanya.

Abdul Karim menambah, pihaknya akan membuat siasatan berhubung dengan perkara tersebut sebelum memikirkan langkah sesuai untuk isu berkenaan.

“Kita akan buat siasatan. Saya rasa untuk membina semula struktur itu, agak mustahil. Tetapi ia menjadi detik untuk dikenang dan semua gambarnya akan menjadi kenangan,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan kementeriannya tidak menolak kemungkinan untuk membina tugu bagi mengingati struktur unik ikon pelancongan di Miri itu.

Terdahulu, Cenuram Kuda Minum di Pantai Tusan tersebut dilaporkan runtuh pada 21 Februari lalu dan telah mengejutkan ramai orang kerana ia merupakan ikonik pelancongan di kawasan berkenaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha