ARTIKEL

545 rebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Malaysian Press Institute (MPI) menerima sebanyak 545 penyertaan daripada 58 pertubuhan media bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024 (HKM 2024).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail berkata, tahun ini, HKM 2024 mencatatkan kenaikan 12 peratus penyertaan iaitu 545 penyertaan berbanding 488 yang diterima tahun sebelumnya.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penyertaan tertinggi diterima oleh MPI.

“Kategori Kewartawanan Foto Terbaik dengan 80 penyertaan, meningkat 82 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menunjukkan penyertaan tertinggi. Ini diikuti oleh kategori Berita Video Terbaik dengan 65 penyertaan dan kategori Bicarawara Video Terbaik, 46 penyertaan.

“Peningkatan penyertaan ini membuktikan daya saing dan komitmen tinggi pengamal media dalam menghasilkan karya berkualiti.

Ia juga didorong oleh promosi agresif MPI termasuk mengadakan kunjungan hormat ke organisasi media dan sesi taklimat HKM yang pertama kali diadakan bagi membantu memberi penerangan kepada pengamal media berkenaan HKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MPI juga berbangga menerima penyertaan daripada organisasi media baharu yang menyertai HKM buat pertama kalinya sekaligus mencapai matlamat untuk menarik penyertaan dari semua platform media berjaya.

Beliau juga mengumumkan pencalonan bagi Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media dan Anugerah Khas akan mula dibuka pada awal Mac 2025.

Katanya, sekretariat akan mula menghantar surat kepada pertubuhan media, persatuan atau kelab wartawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sivil yang berkaitan media, serta institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan pencalonan penyertaan.

“Tarikh akhir pencalonan tiga kategori ini adalah pada 9 Mei 2025.

Majlis penyampaian anugerah akan dilangsungkan pada Malam Wartawan Malaysia iaitu 20 Jun 2024 di Kuala Lumpur.

Para pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM450,000 tajaan PETRONAS.

“HKM mula diperkenalkan pada 1980 bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik pengamal media tempatan pada tahun dipertandingkan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha