ARTIKEL

Kredit: FB Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

57 tapak jualan sewa sempena Regatta Sarawak Antarabangsa Perahu Naga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengesahkan sebanyak 57 tapak jualan disediakan sempena Regatta Sarawak Antarabangsa Perahu Naga tahun ini.

DBKU dalam kenyataan rasmi berkata, permohonan sewa bagi kesemua 57 tapak jualan di sepanjang Jalan Gambier itu akan dibuka pada Rabu (11 Oktober) mulai jam 2 petang menerusi pautan ‘Google Form’ di laman sesawang dan Facebook DBKU.

“Bayaran yang dikenakan untuk tempoh enam hari jualan iaitu pada tarikh 27 hingga 29 Oktober dan 3 hingga 5 November ini adalah sebanyak RM160 setapak.

“Penjaja dikehendaki menggunakan meja, kerusi dan kanopi biru sendiri dengan ukuran 10×10 semasa menjalankan aktiviti perniagaan bagi memastikan keseragaman serta memudahkan susun atur pada hari berkenaan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, 57 tapak yang telah disediakan merangkumi 20 tapak kategori tekstil, aksesori, permainan kanak-kanak dan lain-lain, 24 tapak makanan dan minuman, lapan tapak makanan jenis panggang, dan lima buah trak makanan.

Kenyataan itu turut meminta semua pemohon diingatkan mengemukakan nombor telefon dan emel sah supaya mudah untuk dihubungi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha