ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman

59 kes dadah direkodkan di Mahkamah Majistret Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebanyak 59 kes berkaitan dadah disenaraikan dalam laporan keputusan Mahkamah Majistret Bau bagi 26 dan 27 November, membabitkan pelbagai hukuman termasuk denda, penjara serta perintah pengawasan selama dua tahun.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, kes berkenaan melibatkan pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, termasuk beberapa tertuduh yang berdepan lebih daripada satu pertuduhan.

Antara keputusan yang direkodkan ialah hukuman penjara sembilan bulan bagi setiap satu daripada empat pertuduhan terhadap seorang lelaki mengikut Seksyen 15(1)(a) akta berkenaan.

Keempat-empat hukuman itu diperintahkan berjalan secara berturutan, menjadikan jumlah keseluruhan tempoh penjara 36 bulan atau tiga tahun.

“Selain itu, beberapa tertuduh turut dikenakan denda antara RM500 hingga RM5,000, dengan hukuman penjara ganti ditetapkan sekiranya mereka gagal menjelaskan bayaran berkenaan.

“Berdasarkan rekod keputusan, terdapat tertuduh yang gagal membayar denda dikenakan, manakala sebahagian yang lain telah menjelaskan bayaran masing-masing,” katanya.

Mohd Haide berkata, terdapat juga tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara secara langsung bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, sebahagian keputusan turut melibatkan perintah pengawasan selama dua tahun selain hukuman utama yang dijatuhkan mahkamah.

Pendakwaan bagi kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aqila Morsalin, di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga laluan sekitar Padawan ditutup sementara esok

PADAWAN: Penutupan sementara beberapa laluan di sekitar DUN Mambong, Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa akan dilaksanakan esok bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan