ARTIKEL

Antara lokasi yang terlibat dalam penutupan sementara jalan di sekitar Padawan sempena hari penamaan calon esok.

Tiga laluan sekitar Padawan ditutup sementara esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Penutupan sementara beberapa laluan di sekitar DUN Mambong, Kota Sentosa, Batu Kitang dan Batu Kawa akan dilaksanakan esok bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan awam sepanjang proses penamaan calon PRU Sarawak Ke-13.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, penutupan berkenaan akan berlangsung selama lima jam, bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, penutupan itu membabitkan laluan di sekitar tiga pusat penamaan calon yang ditetapkan bagi empat kawasan DUN berkenaan.

“Bagi DUN Mambong, penutupan melibatkan laluan di sekitar Pejabat Daerah Siburan, manakala bagi DUN Kota Sentosa, laluan di sekitar Perpustakaan Awam Kota Sentosa turut terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, penutupan bagi DUN Batu Kitang dan Batu Kawa pula membabitkan kawasan sekitar Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Batu 10.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Pengguna jalan raya juga diminta menggunakan laluan alternatif bersesuaian serta mematuhi arahan anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh penutupan berkenaan,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama semua pihak bagi memastikan urusan penamaan calon berjalan lancar, teratur dan selamat.

/tamat/

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

59 kes dadah direkodkan di Mahkamah Majistret Bau

BAU: Sebanyak 59 kes berkaitan dadah disenaraikan dalam laporan keputusan Mahkamah Majistret Bau bagi 26 dan 27 November, membabitkan pelbagai hukuman termasuk denda, penjara serta