ARTIKEL

Aloysius ketika berucap pada majlis perasmian Projek SUARA 2.0 di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen. FOTO: GHAZALI BUJANG

60 Belia Sertai SUARA 2.0 Anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dengan matlamat membentuk pemimpin muda dan agen perubahan, Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) memperkenalkan Projek SUARA 2.0, sebuah inisiatif strategik yang menekankan pelibatan aktif belia dalam menangani isu-isu semasa negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YPS, Datuk Aloysius J. Dris berkata, program ini menjadi platform utama untuk memperkasa golongan belia Sarawak supaya mampu menjadi pemangkin perubahan.

“Inisiatif ini juga merupakan penutup bermakna kepada kalendar tahunan YPS dan langkah penting dalam merangka perbincangan mengenai isu-isu yang signifikan kepada negeri.

“Program ini membantu kita memulakan perjalanan transformasi dalam mewujudkan platform dialog dan kerjasama antara generasi di samping memperkasa belia untuk menjadi ejen perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Projek SUARA 2.0 di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Tambah beliau, Projek SUARA 2.0 memberi tumpuan kepada isu-isu relevan dan semasa yang memberi kesan kepada rakyat Sarawak.

“Projek ini diharapkan agar peserta belia dapat mempengaruhi persepsi dan merangka penyelesaian berimpak bagi generasi akan datang.

“Program ini disasarkan khusus kepada penuntut universiti yang dianggap YPS sebagai pemimpin masa depan dan pemacu kemajuan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, edisi tahun ini menghimpunkan seramai 60 peserta muda dari seluruh Sarawak untuk sesi perbincangan selama tiga hari mengenai topik utama termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Strategi Pembangunan Pasca-Covid (PCDS) 2030 dan tema “Belia sebagai Pemangkin Perubahan”.

Tegas Aloysius, semoga para peserta dapat terlibat dalam pertukaran pandangan yang bermakna sepanjang program, sekali gus membolehkan mereka membentuk pendekatan baharu dalam menangani isu yang memberi kesan kepada rakyat Sarawak.

KENANGAN… Aloysius dan George Chan merakam gambar bersama-sama 60 peserta pada Projek SUARA 2.0 di sini, hari ini. FOTO: GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu