KUCHING: Seramai 60 kanak-kanak dari kawasan Semariang berkhatan hari ini sebagai sebahagian daripada Program Sunaton anjuran Masjid Al-Ghazali.
Majlis itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pembedahan Hospital Umum Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, dan Farmasi Wija Kuching.

Program ini menekankan komitmen masjid terhadap tanggungjawab sosial terhadap ahli kariahnya dan masyarakat setempat, khususnya di Semariang, dengan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting.
Memeriahkan majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Beliau sempat memuji jawatankuasa masjid yang terlibat atas inisiatif proaktif mereka dalam melaksanakan program berkenaan.
Hasidah menekankan peranan program dalam meringankan beban kewangan yang berkaitan dengan berkhatan, yang bertambah mahal dari semasa ke semasa.
“Berkhatan dahulunya merupakan amalan yang agak berpatutan, tetapi kini telah menyaksikan lonjakan kos, dengan prosedur di hospital swasta kini purata sekitar RM200. Malah hospital kerajaan juga mengenakan bayaran untuk prosedur tersebut.
“Melihat kepada masalah tersebut, inisiaitif ini sememangnya boleh menjadi beban kewangan kepada keluarga,” katanya ketika berucap.



