ARTIKEL

60 projek untuk pembangunan kawasan Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak 60 projek telah dikenal pasti oleh Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bernilai RM1.5 bilion akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan Mukah.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1 bilion untuk pelaksanaan projek di Mukah.

“Sementara itu baki sebanyak RM500 juta adalah untuk pelaksanaan projek di luar kawasan Mukah seperti di Sarikei dan Sibu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kaul Mukah 2023 di Pantai Kala Dana di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Rajang terbabit, majoriti daripada 60 projek berasaskan ‘bottom-up’, iaitu permintaan daripada rakyat akan naik melalui Adun masing-masing.

“Kami melihat keberkesanan projek-projek yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Disebabkan itu langkah seterusnya adalah memastikan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) dan lain-lain akan memberi tumpuan kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, sebahagian besar kerja-kerja projek infrastruktur itu akan memberi manfaat kepada sektor sosial, pertanian dan ekonomi sekali gus menyediakan kemudahan perhubungan jalan raya ke kampung-kampung di kawasan sekitar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU