ARTIKEL

TAHAN… Antara warga negara asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan di sekitar Kuching baru-baru ini.

64 warga asing tanpa permit ditahan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan seramai 64 warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan besar-besaran yang dijalankan di sekitar Bandar Kuching, baru-baru ini.

Ia melibatkan beberapa lokasi tumpuan termasuk tapak pembinaan, premis perniagaan dan pusat hiburan.

Menurut juruvakap JIM, operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dengan kekuatan 26 pegawai, yang bergerak dalam beberapa fasa bermula pada waktu pagi hingga lewat malam semalam.

“Operasi pada sebelah pagi memfokuskan pemeriksaan di tapak pembinaan rumah teres di Matang serta sebuah premis di kawasan Moyan Square yang disyaki terlibat dengan aktiviti judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

TAHAN… Antara warga negara asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan di sekitar Kuching baru-baru ini.

JIM menambah, hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa warga asing berada di lokasi berkenaan tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Operasi katanya kemudian diteruskan pada waktu malam dengan beberapa serbuan di premis refleksologi di Tabuan serta restoran di sekitar Bandar Kuching yang dipercayai menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

“Dalam keseluruhan operasi tersebut, seramai 64 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“JIM Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan seumpama ini akan terus dipergiat dari semasa ke semasa sebagai langkah memastikan pematuhan undang-undang imigresen, selain memberi pengajaran kepada majikan agar tidak menggajikan pekerja asing secara haram.

“Kami turut menekankan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan, ketenteraman serta kedaulatan undang-undang di negeri ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU