646 mangsa ditempatkan di 10 PPS Kuching, Serian dan Miri

KUCHING: Seramai 646 mangsa ditempatkan di sepuluh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga bahagian negeri ini, setakat jam 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sepuluh PPS itu termasuk enam di Kuching, dan dua masing-masing di Serian dan Miri.
“Bagi PPS di Kuching, seramai 35 mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Taman Desa Wira Lorong 10A, PPS Dewan SK Matu Baru (80) dan PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah (208).
“Selain itu, 72 mangsa ditempatkan di PPS Shop Lot Batu Kawa, PPS SJK Chung Hua Sungai Tengah (32) dan PPS Dewan Masyarakat Stapok (88),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Manakala untuk dua PPS di Miri, seramai tujuh mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu 1 dan 13 mangsa di PPS Surau Darul Iman, Tudan Fasa 2.
JPBN menambah, untuk PPS di Serian pula seramai 23 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kampung Betong Kanowit dan 88 lagi ditempatkan di PPS Kampung Lintang Baru.