ARTIKEL

65 individu berjaya terima tauliah pegawai KRS di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 65 individu yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai-Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar dan Penolong-penolong Kanan sekolah seluruh Sarawak telah ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah (KRS) di Dewan Utama Politeknik Mukah hari ini.

Majlis pentauliahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan KRS Negeri Sarawak, Mortadza Sat sambil diiringi oleh Penyelia Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Norman Suhaili.

Mortadza menjelaskan menerusi pentauliahan tersebut diharap semua pihak berupaya menerapkan nilai-nlai disiplin yang tinggi menerusi pelbagai aktiviti kurikulum bukan sahaja melalui KRS, namun semua badan unit beruniform lain yang diadakan di sekolah kepada semua pelajar.

“Sudah tentu di dalam unit beruniform di sekolah-sekolah perlu diaktifkan supaya pelajar kita lebih terdidik di dalam arus baru pendidikan negara yang lebih menjurus kepada kemenjadian pelajar.

Misalnya melalui budaya kerajinan dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat Jepun yang ternyata tidak mahu meninggalkan kesan salah laku mereka yang boleh menyusahkan orang lain, harus menjadi contoh kepada kita semua, ” katanya berucap dalam majlis Pentaulihan Komandan, Timbalan Komandan dan Pegawai KRS dan TKRS di sini semalam.

Ujarnya lagi nilai kerajinan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun, khasnya dalam generasi muda di sana, sepertimana yang ditunjukkan di dalam video sewaktu mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak baru-baru ini katanya , perlu menjadi ikutan semua.

“Dalam fungsi baru kini yang telah berubah, kita sebagai pengetua dan guru perlu lebih menjurus kepada kurikulum dan fungsi sahsiah pelajar, manakala pihak pengurusan sekolah berperanan dalam mengurus sekolah, oleh itu, semua guru perlu melihat kepada pembangunan murid khasnya berkaitan hal ehwal pelajar,” ujarnya.

Dalam ada itu beliau turut menegaskan kepada semua guru agar mengikuti dan mematuhi segala pekeliling yang dikeluarkan agar tiada masalah yang tidak diingini berlaku.

“Sebagaimana dalam aktiviti petang di sekolah adalah menjadi keutamaan agar para guru mengeluarkan surat dan perlu mematuhi arahan sebagaimana yang dikatakan di dalam surat tersebut, sekiranya aktiviti kokurikulum tamat pada jam 5 petang maka ia perlu ditamatkan pada jam tersebut.

“Tidak dilupakan juga setiap kali memulakan mana-mana aktiviti yang dijalankan, taklimat perlu dijalankan bagi memastikan disiplin pelajar terkawal dan setiap taklimat yang dinyatakan perlu dizahirkan sebaiknya oleh semua para guru,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan