ARTIKEL

65 kes kemalangan pekerjaan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 65 kes kemalangan pekerjaan setakat Februari tahun ini.

Ahli Lembaga Pengarah Pensijilan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Pejabat Wilayah Sarawak Thomas Balan berkata, daripada jumlah itu satu kemalangan dilaporkan mengalami hilang upaya kekal (HUK).

“Sementara itu sebanyak 64 tidak hilang upaya kekal (THUK) menurut laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Thomas (tengah) merakam kenangan bersama peserta seminar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Mengamalkan Integriti Dan Kesihatan & Keselamatan Di Tempat Kerja Dalam Memudahkan Kelestarian Organisasi (NIOSHCert) 2023 yang disertai seramai 50 peserta di sini, hari ini.

Mengulas mengenai seminar itu, Thomas berkata sesi Seminar NIOSHCERT Siri 2023 julung kali diadakan di Kuching meliputi bidang seperti Kesihatan, Keselamatan Pekerjaan, Faktor Psikososial Dan Risiko Khusus untuk Sektor Pelancongan Kembara.

Katanya, objektif utama seminar adalah memberi tumpuan kepada kesedaran dan kefahaman piawaian ISO dan membantu organisasi menguruskan risiko keselamatan dan kesihatan yang sistematik kepada majikan, pekerja dan orang awam.

“Pelaksanaan ISO 45001, ISO 45003 Dan ISO 21101 yang baik di Malaysia khususnya dapat menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

“Ini selaras dengan usaha kerajaan mempercepatkan kemajuan kearah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030.

“Justeru bagi mencapai matlamat tersebut, NIOSHCert menerapkan elemen elemen pembangunan kemampanan melalui latihan-latihan berkaitan sistem pengurusan dan aktiviti pengauditan yang dijalankan,” ujarnya.

Pada masa sama katanya, Seminar Nioshcert Siri 2023 akan diteruskan oleh NIOSHCert Wilayah Sabah di Kota Kinabalu dan dilanjutkan ke Wilayah Selatan melibatkan Johor Bahru; Wilayah Pantai Timur, Kuantan; Wilayah Utara, Pulau Pinang Penang dan Wilayah Sentral, Selangor.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU