ARTIKEL

65 pengedar, 280 peniaga kecil kini rangkaian kukuh PETROSNiaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 65 pengedar dan 280 peniaga kecil kini menjadi sebahagian daripada rangkaian kukuh PETROSNiaga.

Pembekal tunggal LPG bersubsidi di Sarawak itu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan memastikan bekalan silinder LPG mencukupi untuk keperluan di negeri ini.

Selain, turut memberi jaminan tiada kos tambahan apabila pengguna bertukar daripada silinder LPG lain kepada silinder PETROSNiaga.

“PETROSNiaga Sdn Bhd sebagai cabang LPG runcit bagi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan memastikan terdapat bekalan silinder LPG bersubsidi 14 kilogram yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Ini memandangkan syarikat telah terlibat secara aktif dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan peralihan pasaran yang lancar tanpa gangguan bekalan.

“Justeru setakat ini, majoriti peniaga yang terjejas telah menjadi sebahagian daripada rangkaian kukuh PETROSNiaga di seluruh negeri yang terdiri daripada 65 pengedar dan 280 peniaga kecil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, ini menunjukkan komitmen untuk menggalakkan penyertaan tempatan, di samping memastikan bekalan LPG bersubsidi yang boleh dipercayai kepada pelanggan.

Dalam pada itu, PETROSNiaga turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka boleh menjalankan pertukaran satu ke satu silinder melalui rangkaian pengedarnya yang kukuh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU