ARTIKEL

655 peserta meriahkan perarakan pembukaan BIKF 19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 655 peserta daripada 22 kontinjen tempatan dan antarabangsa memeriahkan perarakan sempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) Kali Ke-19 yang berlangsung di sini, hari ini.

Perarakan bermula seawal jam 8 pagi dari Hotel Kemena Plaza menuju ke Pentas Utama BIKF di Lasar Kenyalang, Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, sekali gus menjadi acara pembuka tirai festival berprestij yang terus mendapat sambutan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Penyertaan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi kesihatan, kelab komuniti serta peserta layang-layang dari dalam dan luar negara yang tampil dengan identiti dan kreativiti masing-masing.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian ialah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu, Hospital Bintulu, Press Metal, OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd., Fairfield by Marriott Bintulu Paragon, Kemena Plaza Hotel dan Sunmow Construction.

Perarakan itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan membabitkan kumpulan Hadrah Kidurong, Hadrah Kampung Asyakirin dan Hadrah Sebauh, selain persembahan tarian singa oleh Kelab Sukan dan Kebudayaan Chin Wo Bintulu yang mencuri perhatian ribuan pengunjung.

Kelab komuniti seperti Brotherhood Motorsport Club, Brotherhood Kite Club dan Tugau Cycling Club turut mengambil bahagian, sekali gus menambah kemeriahan sepanjang laluan perarakan.

BIKF edisi ke-19 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Julai ini menghimpunkan 154 peserta layang-layang dari 19 negara, antaranya Australia, Belgium, Brunei Darussalam, China, Estonia, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, Indonesia, Itali, Korea Selatan dan Malaysia selain beberapa negara lain yang turut menjayakan festival berkenaan.

Penyertaan antarabangsa yang memberangsangkan itu sekali gus memperkukuh reputasi BIKF sebagai antara festival layang-layang bertaraf dunia, di samping mengangkat Bintulu sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan yang semakin dikenali di peringkat global.

Perarakan tersebut menjadi simbolik pembukaan festival serta mencerminkan semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan masyarakat pelbagai kaum dalam menjayakan antara acara pelancongan ikonik Sarawak.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah