ARTIKEL

70 peratus dari 432 kes baharu dikesan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angka kematian akibat Covid-19 di Sarawak terus meningkat, apabila hari ini merekodkan tiga kes baharu masing-masing di Bintulu dan Sarikei.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 165 orang.

Katanya dua kematian direkodkan di Hospital Bintulu, melibatkan lelaki berumur 54 tahun dan wanita berumur 47 tahun yang masing-masing meninggal dunia pada 24 dan 25 April lalu.

Manakala satu lagi kes melibatkan wanita berumur 44 tahun di Hospital Sarikei, yang meninggal dunia pada 25 April lalu.

Sementara, kenyataan itu berkata sebanyak 432 kes baharu Covid-19 dikesan dengan 70 peratus kes tertumpu di daerah Bintulu, Bukit Mabong, Miri, Sibu dan Kanowit.

Daerah Bintulu mencatatkan 81 kes, Bukit Mabong (64), Miri (60), Sibu (53), Kanowit (46), Selangau (23), Mukah (23), Kuching (21), Matu (10), Julau (8), Marudi (6), Sebauh (6).

Selain itu Lundu (4), Sri Aman (3), Sarikei (3), Subis (3), Pakan (3), Serian (2), Lubok Antu (2), Bau (2), Meradong (2), Betong (2), Belaga (1), Tatau (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Telang Usan (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 28,961 kes.

“Daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, seramai 52 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 376 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha