ARTIKEL

70 peratus keluar mengundi mampu dicapai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MESKIPUN sasaran 70 peratus pengundi akan keluar mengundi dilihat agak tinggi dalam situasi negeri ini masih berdepan pandemik Covid-19, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap yakin ia akan dapat dicapai.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15 menyaksikan jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.85 peratus atau 326,068 daripada 495,195 pengundi berdaftar.

Jadi bagaimana Sarawak yang mempunyai 1,252,014 pengundi yang layak dapat mencapai sasaran tersebut dengan negeri ini amat luas (124,450 km persegi) berbanding Melaka (1,658 km persegi)?

Ini belum lagi mengambil kira cabaran geografi dan pengangkutan di negeri.

Sudah tentu ia dilihat cabaran besar kepada semua pihak termasuk parti-parti politik yang bertanding dan SPR.

Justeru sudah tentu yang menjadi persoalan utama ialah bagaimanakah kaedah terbaik untuk menggalakkan rakyat keluar mengundi dan pada masa yang sama menjamin keselamatan mereka terjamin?

Menurut Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuk media dan parti-parti politik dengan menguar-uarkan serta meminta pengundi berdaftar di negeri ini keluar menunaikan tanggungjawab masing–masing.

Sudah tentu kunci utama untuk meyakinkan pengundi adalah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baik serta bersesuaian dengan demografik negeri ini amat penting terutama dalam tempoh berkempen serta hari mengundi.

Bagi parti politik, berkempen adalah segala-galanya dalam sesuatu pilihan raya untuk meraih undi, namun ketiadaannya membuatkan pilihan raya umpama beku kerana mereka tidak boleh bersemuka dengan pengundi melalui amalan ziarah rumah ke rumah, ceramah atau syarahan terbuka dan acara tinjauan mesra.

Namun sejajar dengan perkembangan zaman, parti-parti politik kini harus memanfaatkan cara lain berkempen seperti menerusi media massa elektronik dan cetak dan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, WeChat, Snapchat, WhatsApp, Telegram dan aplikasi-aplikasi lain yang membolehkan penyokong dan calon berinteraksi dengan pengundi secara maya

Menurut penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Lee Kuok Tiung, media massa boleh memainkan peranan dan pendekatan penting dalam meyakinkan rakyat di negeri ini keluar mengundi pada PRN-12 akan datang.

Tegasnya, pada masa yang sama SPR boleh tampil dengan lebih banyak infografik yang mudah difahami golongan sasaran.

Infografik harus dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Selain itu, semua pihak juga harus bekerjasama dengan pemimpin atau wakil komuniti setempat untuk menyampaikan mesej-mesej yang diinginkan kepada masyarakat.

Fokus juga harus diberikan kepada menangani penularan berita palsu khususnya seperti baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya statistik jumlah pesakit Covid-19 merupakan manipulasi oleh parti pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Perkara sebegini tidak seharusnya dipolitikkan atau dimanipulasi kerana wabak ini adalah benar dan golongan yang berisiko tinggi tidak harus didedahkan kepada sebarang bahaya,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha