Trending

70 sertai program penyembelihan ayam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Bengkel Asas Penyembelihan Ayam dan Jualan Amal telah diadakan di Pusat Akuakultur dan Agrotek, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Mukah di sini.

Ia merupakan program komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Ibnu Khaldun UiTM Mukah. 

Menurut Ketua Program Muhamad Nasarudin Sulaiman, program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta program. 

“Peserta akan didedahkan secara teori dan praktikal berkaitan teknik penyembelihan ayam dengan betul dan sah menurut hukum syarak,” katanya. 

Manakala, Penasihat Program Muhamad Syukrie Abu Talip berkata, program ini memberi ruang dan peluang kepada komuniti setempat agar turut serta dalam program yang dianjurkan. 

“Di samping itu, menggalakkan peserta untuk beramal kerana sebahagian daripada yuran peserta disalurkan ke dalam tabung sedekah Surau Ibnu Khaldun.

 “Bukan itu sahaja, mereka turut diberi seekor ayam yang telah siap disembelih dan diproses secara percuma,” ujarnya.

 Program ini telah disempurnakan oleh Penolong Rektor UiTM Mukah, Profesor Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir dan beliau turut memberi khidmat sebagai tenaga pengajar bagi memberi penerangan. 

Ini merangkumi kaedah penyembelihan yang betul, jenisjenis peralatan digunakan dan haiwan yang boleh disembelih. 

Sehubungan itu, seramai 70 peserta menyertai program ini terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti kawasan Mukah.

Mereka didedahkan dengan demonstrasi penyembelihan oleh Abdul Razak dan Pegawai Kanan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Mukah Ahmad Tirmizi. 

Justeru, diharapkan peserta dapat mempelajari dan mengambil banyak input yang berguna agar dapat dipraktikkan pada masa akan datang serta melahirkan warga UiTM serta komuniti sekitar Mukah yang memiliki ilmu dalam amalan masyarakat Islam. 

Turut serta, pensyarah dan staf Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Fakulti Sains Gunaan dan Unit Ladang, Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Mukah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru