ARTIKEL

Billy menyerahkan surat pengesahan penyertaan Projek Pembangunan NCR kepada penduduk.

741 peserta terima surat pengesahan penyertaan Projek Pembangunan Tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seramai 741 peserta dari Kampung Selampit dan Kampung Kendaie menerima surat pengesahan penyertaan Projek Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak (LCDA), dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Kampung Selampit hari ini.

Majlis disempurnakan oleh ADUN Opar, Billy Sujang yang berkata projek tersebut merupakan satu kejayaan besar dalam memajukan tanah NCR secara terancang dan berimpak tinggi.

Billy menyerahkan banyuan kerusi roda kepada warga emas.

“Dalam tempoh 25 tahun, kita telah melibatkan seramai 741 peserta.

“620 dari Kampung Selampit dan 121 dari Kampung Kendaie meliputi kawasan seluas 6,918 hektar, 4,200 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit,” katanya dalam ucapan perasmian.

Beliau menjelaskan bahawa dokumen yang diserahkan pada majlis itu merupakan pengesahan hak milik yang dikeluarkan oleh LCDA, dan berharap Jabatan Tanah dan Survei akan mengambil langkah seterusnya bagi pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Usaha sebegini membolehkan tanah milik penduduk diusahakan secara optimum, sekali gus meningkatkan ekonomi luar bandar,” tambahnya,” ujarnya.

YB Billy turut merakamkan penghargaan kepada LCDA, Rimbunan Sawit Berhad dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah atas kerjasama padu dalam menjayakan projek berkenaan.

Beliau turut memberi jaminan akan membantu menyediakan infrastruktur seperti jalan pertanian bagi membuka akses ke kawasan baharu yang belum diterokai.

Selepas majlis tersebit, Billy turut meluangkan masa berkunjung ke sebuah rumah warga emas di Kampung Selampit.

Dalam lawatan ringkas itu, beliau menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada seorang warga emas yang menjalani rawatan dialisis di hospital sebanyak tiga kali seminggu.

“Sumbangan tersebut bertujuan membantu memudahkan pergerakan pesakit untuk ke hospital secara berkala, sekaligus meringankan beban keluarga.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir, terutama warga emas yang memerlukan bantuan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha