ARTIKEL

77 terima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof mendahului senarai penerima anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, hari ini.

Penganugerahan pingat tersebut adalah merupakan pengiktirafan dan penghargaan oleh Kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan tidak ternilai terhadap pembangunan negeri ini sejak era kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Penganugerahan pingat kepada 77 penerima cemerlang itu disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini.

Majlis tersebut turut menyaksikan seramai 43 penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) hadir menerimanya termasuk bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tun Mohamed Hashim Mohd. Ali dan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut menerima anugerah emas tersebut ialah barisan pemimpin kabinet negara dan negeri termasuk Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang; Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib Alsree; Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Sri Huang Tiong Sii dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Diikuti para pemimpin negeri, iaitu Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis; Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Kanak-kanak), Datuk Rosey Yunus; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Sumber Asli Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta 17 timbalan menteri dan sembilan tokoh lain yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Sementara antara 34 penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Perak) ialah isteri Timbalan Premier I, Datuk Doreen Mayang; isteri Timbalan Premier III, Datin Sri Enn Ong Siok Ean; isteri Speaker DUN Sarawak Datuk Fatimah Mohd. Iskandar; Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Dr. Muhammad Abdullah Zaidel; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datuk Buckland Bangik; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha serta beberapa lagi senarai tokoh kenamaan Sarawak.

Abang Johari menyampaikan anugerah Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) kepada Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Sri Huang Tiong Sii.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA