ARTIKEL

Situasi kejadian kebakaran hutan tanah gambut di Sungai Adong setakat hari ini

80 peratus kebakaran hutan di Sungai Adong sudah padam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan usaha memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di Sungai Adong, untuk hari ketiga.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Shafie Paing berkata, setakat semalam, pesawat tersebut telah membantu memadamkan kebakaran melalui teknik pengeboman air (water bombing) dengan menggunakan sebanyak 42,000 liter air.

“Hasil operasi berkenaan, kawasan kebakaran dilaporkan telah pulih sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan lokasi yang terjejas.

“Namun, terdapat kawasan kebakaran baharu dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram yang dianggarkan berkeluasan sekitar 60 ekar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, pesawat Maritim Malaysia menyambung operasi pemadaman di kawasan berkenaan bermula pagi ini.

Terdahulu operasi bersepadu berkenaan terpaksa ditangguhkan akibat jarak penglihatan yang terhad pada petang semalam.

Di samping itu, beliau menasihati orang awam agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka, memandangkan negara kini mengalami musim panas sekaligus menjadi faktor utama kebakaran kecil bakal menjadi bencana yang lebih besar.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan boleh menghubungi talian MERS 999 untuk tindakan segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU