ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

80 peratus Mongolia dilitupi salji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ULAN BATOR: Kira-kira 80 peratus daripada keluasan tanah Mongolia kini dilitupi salji, menurut Agensi Kebangsaan Meteorologi dan Pemantauan Alam Sekitar pada Isnin, lapor Xinhua.

“Sehingga 20 Dis, sekurang-kurangnya 79 peratus daripada keseluruhan wilayah negara ini dilitupi salji setebal sehingga 20 sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya cuaca musim sejuk melampau yang dikenali sebagai ‘dzud’ pada musim sejuk ini,” menurut agensi pemantauan cuaca itu dalam satu kenyataan.

Dzud ialah istilah dalam Bahasa Mongolia yang merujuk kepada musim sejuk yang amat sejuk, apabila sejumlah besar ternakan mati akibat tanah yang membeku atau dilitupi salji.

Mongolia sememangnya terkenal dengan iklim benua yang melampau, dicirikan oleh musim sejuk yang panjang dan sangat dingin serta musim panas yang singkat.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU